owner
" Be free to fly away from the madness " Talk to me Credits
| I Hate You!- 4
those voices....
those smile.....
those laugh.....
and those looks....
I HATE THEM ALL!
Dia berhenti di hadapan pintu dorm Ukkays. Entah kenapa, kakinya hanya
mampu berdiri statik di situ. Dia menarik nafas dalam. Ya! Dia bukannya pekak.
Dia mampu mendengar segala-galanya dengan cukup jelas.
"hish, geli betul! dia tu tak pernah mandi ke?"
"Ha'ah, busuk gilerr dowh."
"Kau koyakkan je semua."
"Tengah buatlah ni...."
Tarik nafas dalam. Hembus. Tombol pintu dipulas. Pintu dibuka dan.....
Bush!
Habis basah pakaiannya disimbah air longkang. Ya! Dia tahu. Mereka
memang tidak akan, dan takkan pernah berhenti daripada menyakitkan hatinya.
"Hahahahaha....lol!"
"Padanlah dengan muka kau. Sama busuk dengan kau." Julia
terguling-guling di atas katilnya.
"Betul...betul...." Rina menokok tambah. dia yakin kali ni
Aya takkan mampu untuk buat apa-apa tindakan. Kalau dulu, Aya berani untuk
memukulnya, tapi sekarang jangan haraplah, dia ada ramai kawan. Seorang lawan
20 orang. Aku yakin dia takut.
Melissa berjalan perlahan-lahan ke arah Aya. Dia menutup hidungnya
sambil membuat memek muka yang menjengkelkan. "So, Aya, what do you
want to do now? You see, you don't have anyone here, poor girl!"
senyum sinis. " 20 orang lawan seorang, berani ke?" Mop di sebelah
katilnya diambil.
Aya hanya merenung wajah Melissa tanpa perasaan.
Melissa semakin rancak dengan tawanya. Bukan hanya Melissa, malah
seluruh pelajar perempuan yang berada di dalam dorm itu, turut
mentertawakannya. Mop yang berada ditangan dihalakan ke muka Aya, sebelum mop
itu disapukan ke wajah Aya yang entah apa-apa itu.
"Lol....kesian gilerr...."
"Ala...ala....nak nangis lerr tu...."
"Uweekkkk...uwekkkk...mom help me!"
"Eh, dia mana ada mak lah....."
Dan serentak dengan itu mereka ketawa lagi. Ketawa dan ketawa
sehingga.....
Bahu Aya terhinjut-hinjut menahan tawa. Ketawa sinis. Muka yang tadinya
tunduk, kini merenung satiap satu wajah di hadapannya. "Thanks a lot
for the entertainment but just wanna let you know, that you guys are so...and
so... STUPID and COWARD too!!!”
"Friends?" Dia ketawa lagi. "jangan nak
merepeklah...one day, each one of you will betrays each other for sure...and
then that's what you called as friends-forever-bff-and whatsoever!"
dia melangkah perlahan-lahan ke arah Melissa. Kepala dipusingkan ke kiri
dan ke kanan. "Cantiknya rambut kau ni...."
Melissa hanya diam. Mukanya pucat lesi, takut dengan pandangan beku
Aya. Silap-silap dia boleh mati hari ni jugak! Aya tu dahlah ada taekwondo,
judo, silat, dan entah apa benda entah lagi. Mampuslah...
"Tapi lagi cantik kalau macam ni..." rambut Melissa dicengkam
kuat dan ditarik sekuat hati. Rakan-rakan yang lain mula mendekati Aya dengan
paip besi dan kayu yang ada di tangan. Tapi, Aya tetap di situ. Mencengkam
rambut dan memulas tangan Melissa.
"Go ahead. Hit me, if you can. And i promise, that she'll be
dead right here depan mata korang semua." Senyum sinis memandang
Melissa. Pandang depan. "Nak?"
Mereka mengetap bibir bengang. Alya Farahin... siapa yang tak kenal?
Kalau dia kata dia buat, maksudnya dia betul-betul akan buat.
Melissa yang meraung, berteriak sakit. Merah-merah mukanya saat ini.
Dia memandang rakan-rakannya meminta simpati. "Guys, help me
please...."
"Kau lepaskan dia, and kitorang janji takkan buat apa-apa."
kata Julia sambil merenung tepat wajah Aya.
Mencebik. "Kau ingat aku ni bodoh macam kau ke?" geleng
kepala beberapa kali. "Kesian, kalau dah bodoh tu, bodoh jugaklah..."
Julia mengetap bibir. Nafas ditarik dalam. Dia harus bersabar.
"Kau nak kitorang buat apa, supaya kau percaya."
"Aku nak korang jahit balik baju aku tu..." bibir
dimuncungkan ke arah longokan bajunya yang dah koyak rabak.
"Sekarang."
"Okey."
"Okey? Siapa kata okey? Aku nak korang jahit dalam masa lima saat.
Boleh?" kening diangkat tinggi.
Mata mereka terbuntang. Suasana yang tadinya diam, mulai riuh.
"Kau gila ke?" Rina menengking.
"Entah! Lima saat?"
Julia cuba bersabar. "Aku minta maaf. Tapi, kau tolonglah
bertimbang rasa sikit.. Takkan lima saat je."
"Tiga saat....."
"Aya!" jerit Julia bengang.
"Dua saat....."
"Okey...okey...sekejap...." berlari-lari Ryka mengambil
jarumnya di locker.
"Satu saat.....dan...." cengkaman pada rambut Melissa
dikuatkan. Melissa meraung kesakitan. Dan mereka terpaku.
"AYA!!!!"
"The time's up. Sekarang aku bagi korang dua pilihan. Sama
ada nak dia mati perlahan-lahan, atau mati terus." dia memandang wajah
Melissa yang penuh dengan air mata. "Ala....ala...ciannya... mom help
me!" diam lima saat. "lol! and where's your mom now?"
dia tergelak kuat. "opps....sad to say, but your mom isn't here,huh
poor girl?"
Mereka ternganga. Sakit hati pun ada jugak. Tulah, kerja asyik nak
membuli aje, kan dah kena balik! Ingat tu, buli tak bagus.
"Please Aya, I beg you. Stop torturing me." rintih
Melissa dalam tangisan.
"Eh? Dah nak mati pun speaking lagi? Mengucap-mengucap.
Berselawat ke...."
"Aya. Please. Kitorang janji." dan serentak dengan
itu, Julia melutut meminta maaf.
Aya mengeluh nafas berat. Aku tak minta untuk disujud..... Dan dengan
perlahan-lahan genggaman pada rambut Melissa dilepaskan. Dia berjalan laju ke
arah lockernya, tapi... malangnya janji hanya tinggal janji....
"PUKUL!!!!"
Serentak dengan itu, ksemua 20 orang pelajar menyerang Aya. tangan dan
kaki Aya dipegang kuat. Dia ditampar, dipukul dan dibuli dengan teruk. Namun,
setitis air mata pun tidak mengalir di kedua belah pipinya, menunjukkan bahawa
dia sudah lali dengan keadaan itu.
"Girls, bawak dia outside. Dekat basketball courts."
................................
"Ha. Ni
bilik kau. Satu bilik ada empat orang. dalam bilik ni, kau, aku, and the
other two boys yang..." mata joe mencari-cari kelibat roommatenya.
"....entah kat mana entah dorang tu!"
Romeo
mengangguk. "empat orang?" beg pakaian diletakkan di sisi almari
bajunya.
angguk dua
kali. "Nampak macam boleh muat 24 orang kan?" dia angkat bahu.
"Nak buat macam mana, sekolah terlebih kaya."
Romeo
tersenyum memang pun.... Siap ada ruang tamu, dapur kecil, dan bilik stadi.
Selesa gilerr... Patutlah, ramai yang nak masuk SMART. Dia mengangguk mengerti.
"Bilik
ni kau akan duduk sampai kau graduate. Kita graduate SMART bukan lepas form 5
tau... SMART, ni adalah sebuah institusi pendidikan khas, untuk anak-anak orang
kaya, dan kebanyakkannya start daripada tadika. Dan, itu termasuklah
aku." Dia mengukir sengih sambil
jari telunjuknya dihalakan ke muka sendiri. Punggung dilabuhkan di atas katil.
"tadika?"
Angguk.
"Ha'ah. Tapi masa tadika tak adalah tinggal hostel. Hostel ni hanya untuk
budak menengah je. Lepas tu pembelajaran kita akan berterusan kat sini,
sampai kita graduate dalam course yang kita ambil."
"Course
yang kita ambil?" zip dibuka.
"Ha'ah.
depends ah, kalau kau ambil medic, stuck kat sini lima
tahunlah... Tapi, katakanlah kau nak sambung belajar overseas ke apa,
SMART yang akan support kau. khusus bahasa and all those important stuff,
semuanya, SMART yang akan support." Tangan sibuk membelek Iphone 4s nya.
Lol. Banyak gilerr inbox…
Baju dah
siap disusun. Sekarang tinggal ubat gigi, towel and, where am I going to put
this thing…? Dia memandang almari dihadapannya. Kat sini boleh kut…Ha…lupa
pula… “By the way, Joe, I thought that you’re gonna tell me bout the
schedule here…you know, stuff like err what’re we gonna do, preparation class,
tazkirah, and all those things…?”
Tepuk dahi
sekali. “Oh, yeah, of course! Terlupa pula. Kau pun bukannya nak
ingatkan aku!”
Erk? “Tengah
ingatkan kaulah ni. So, what is the schedule?” dua-dua belah kening diangkat.
Bangun dari katil. Berjalan kearah almari baju. Pintu almari dibuka, dan helaian kertas yang
diselitkan pada cermin almarinya itu diambil. “ Aku ni memang teruk kalau nak explain
things, and plus, aku tahu kau bukannya buta huruf, so silalah baca benda
alah ni.” Helaian kertas dihulurkan.
Angguk sekali. “tha….”
Dung! Dung! Dung!
Kening dikerutkan. Erk… !
Dung! Dung! Dung!
“Is it a… gong?” gila apa sekolah kaya besar gedabak mewah macam
ni, tetiba buat recall pakai gong pula? Dan, ambah pelik, bila dia
dengar suara budak-budak lelaki yang kecoh-kecoh diluar. Bersorak-sorak dan
kecoh gilerr! Ada apa ni?
Joe dilihatnya dah sibuk membebel sensorang. Entah apa yang dia merapu
entah! “Jangan risau, kau bukannya ada masalah pendengaran, ataupun tersalah
masuk zaman. Yes, it is a…gong.” Iphone 4s diletakkan di dalam poket seluar.
Dia kembali melelapkan mata, tanpa mempedulikan situasi yang kecoh macam ada
perang dunia kedua belas!
Budak nilah…tenang je semedang…”And, may you tell me, what’s going on
here? I can here all the fuss and….”
Joe merengus. Dia tahu apa yang berlaku. Tapi, dia malas nak pergi.
But… “kau nak tahu sangat ke?”
“Eh, mestilah…! I’m damn curious about it. And I just can’t
understand on why do you look so……calm?”
Joe buat muka bosan. Sebab aku betul-betul malas nak tengok benda yang
aku tak suka tengok, dan tak mampu nak buat apa-apa pun…. “Okay, if you
insist. Jom, ikut aku.”
Towel yang berada ditangan diletakkan. Dia bangun dan mengikut
langkah Joe dari belakang.
………………………
“And, now, we present to you, the one and only, wild animal
err…..its rude, sorry! The one and only ugly unfortunate duckling opps that’s
rude too….”
Dan serentak dengan itu mereka ketawa terbahak-bahak. Aya masih disitu.
Muka yang kekal beku, dan penuh dengan lebam-lebam, hidung yang berdarah, dan
baju yang koyak-koyak, tidak berkata apa-apa, kecuali memandang mereka yang
berada dihadapannya dengan penuh kebencian.
“And so, to avoid being rude to you, hey stupid, what did you want
me to call you?” Ryka memandang Aya dengan sebelah keningnya terangkat. Dia
tersenyum sinis. Suka dia melihat keadaan Aya yang macam … bangkai bernyawa
itu.
Aya tersenyum sinis, sebelum meludah kearah muka Ryka dengan sekuat
hati.
“What the….? Hey, kau nak mati ke?”
Aya mencebik. “Please, go ahead, take away my life, if you can… I.
DON’T. CARE.”
Mereka menghembus nafas geram. Dah nak mati pun, masih mampu lagi
bersuara. “Ooh…hear it guys? She
doesn’t care… ooohh…”
Serentak itu kedengaran siulan-siulan, sorakan, serta cemuhan
budak-budak kepada Aya. Ada yang membaling telur, dan macam-macam lagi.
“Hey, guys, sabar! Korang nak tengok show dia
kan?”
Mereka ketawa terbahak-bahak. Memandang Aya denagn pandangan
menjijikkan dan kembali ketaawa tak hengat dunia.
“So, take your seat, guys. The show is about to begin.”
Masa kian berlalu, semua pelajar seronok melihat pertunjukan Aya yang
kaku dengan mata yang beku. Dan mereka seronok melihat Aya dibuli dengan teruk.
Joe merengus. “Dah. Satisfied?”
Romeo masih duduk di situ memerhatikan keadaan di sekitarnya.
Seriously… and that’s answered it, Aya… “But, kau kata kau sayang
dia? And, kau tak buat apa-apa?”
Joe mengeluh keras. “Romeo, kau takkan tahu SMART ni macam mana. Yeah,
it is an elegant, high-prestige school that everyone was all crazy about it.
But the truth is, its kinda… you know, we can’t do anything about it.”
Romeo geleng kepala. Tak faham. “And why is it??”
“Cuba kau tengok jumlah penonton yang bersorak-sorak tu…”
Pandangan dihalakan kehadapan. Yeah… Angguk. “Yes, about 99% of the
students, huh?”
Gelak sinis. “Dan apa yang kau expect? Nak suruh SMART
singkirkan dorang-dorang tu semua? Yang anak datuk, tan sri dan entah apa benda
pangkat entah lagi tu?”
Ohh… Angguk. “but, they don’t need to. Just give them a punishment
and…”
Joe tergelak kuat. Sinis. “And yes…it is all settled…just like that.
Ha. Ha. What a joke!”
Romeo diam. Ya. Dia tahu ianya tak semudah 1+1=2. “And kenapa dorang tak suka Aya?”
“Manusia Romeo…” gelak. “Kadang-kadang kau pergi membuang hajat pun,
dorang boleh kata tak suka kau jugak.” Mata merenung pemandangan yang tak
berapa nak indah dihadapan. Dia mengetap bibir bengang. “simple reasons, you
see, Aya is kinda mysterious. SMART tak ada scholarship, but sampai
sekarang, satu sekolah ni wonder macam mana dia boleh sesat kat sini and
full supplied with scholarship. And on her first day here…” mengeluh.
“Apa jadi?”
“Dia…dia…”
Dada Romeo berdebar-debar. Dia apa? “Dia….?”
Joe mengeluh. Malu nak cakap. “Dia…terkentut kuat Romeo.”
“HAH?!” Romeo membeliakkan biji matanya. Bukan kerana terkejut yang Aya
pun mampu untuk…untuk….ceh! malas nak sebut! Tapi, terkejut Joe boleh membuat
lawak di saat-saat genting seperti ini.
Joe mengangguk-angguk. “Ya. Aku tahu. Worst things ever, kan?”
Romeo buat muka bosan. “And, apa kena mengena dengan sebab kenapa
dorang benci kat dia? Normal lah tu…kau pun pernah, kan?”
Menggeleng tiga kali. “Tak Romeo, kau tak faham. Dia terkentut time
first day dia kat sekolah ni. Time dia kenalkan diri depan
semua orang-orang kaya yang berlagak gila nak mampus tu, it is a very bad
first impression you know!” Joe menggeleng mengingati saat-saat indah detik
pertama bertentangan mata dengan Aya. Ceh! Jiwang pula aku ni!
Okay…he’s got a point there…
“Plus, kau nampak tak dressings
dia yang sangat menawan tu? Dan
rambut dia yang sangat menggoda tu? Pontianak pun takut Romeo….” Geleng kepala.
Roemo tersengih. And…yes… I did feel the same too…. Dia
memandang Aya yang tengah jadi sarkas dekat gelanggang bola keranjang tu.
Geleng kepala. Pertama kali aku jumpa manusia macam kau. Senyum.
“And, now. Aya, I’ve heard that you got a very nice voice. So, siapa
nak dengar dia nyanyi?”
Mereka bersorak lagi.
Julia tersenyum puas. Meskipun dia sakit hati, kerana tak dapat tengok
air mata minah tu, tapi, sekurang-kurangnya dia tahu Aya sedang malu sekarang.
Aya hanya diam. Sejujurnya dia rasa nak pengsan sekarang ni. Dia takkan
buat apa yang mereka suruh. Dan, sejak tadi dia hanya menjadi patung bernyawa
di situ. Dia nekad. Lantaklah, apa nak jadi pun jadilah….
Eve menyekeh kepala Aya. “Woi. Sampah. Yang mak-ayah pun tak tahu
datang daripada mana. Mungkin keturunan kau ni keturunan sampah sarap kut! Sebab
tulah jadi tak berguna macam ni.” Dia menyekeh kepala Aya lagi.
Aya merenung Eve tajam.
“Mak ayah kau keturunan sampah sarap. Sebab tu kau daripada tadi jadi
patung!” gelak kuat.
Bibir diketap. Untuk kali ni dia
akan tunjukkan apa yang dia ada. Perkataan tu….dia paling benci perkataan tu….
Sedang semua leka menikmati gelak tawa maing-masing. Tiba-tiba semuanya
diam terpaku.
"I remember tears streaming down your face When I said I never let you go, When all those shadows almost killed your light, I remember you said, Don't leave me here alone, But all that's dead and gone and passed tonight......"
Eve
Amanda, Julia, Baby, Flora dan semua yang berada di situ terpaku. Suara
tu...pertama kali mereka mendengar suara merdu Aya. betapa merdunya
pemberian Ilahi.
"Just close you eyes....
the sun is going down..." dia menundukkan wjahnya. Hati terasa seperti dihimpit. Tarik nafas dalam. No, Aya! You can't cry, you can live on you own, remember? "You'll be alright... No one can hurt you now... Come morning light You and i'll be safe and sound....." Yeah...i'm alright all on my own... Pandang atas. Senyum.
Romeo terpana. Aya..... dia senyum?
"Don't dare you look out you window darling Everythings on fire... The war outside our door keeps raging on Hold onto this lullaby Even when the music is gone, gone....." Mata yang kabur. Kepala yang berpusing macam nak pengsan, dia tahan. Ya! Dia akan tunjukkan apa yang dia ada. Segala-galanya demi mak dan juga ayahnya yang tidak pernah dia kenali seumur hidupnya. Sunyi selama beberapa minit. Julia pura-pura ketawa diikuti Amanda, Eve, Flora, baby, dan yang lain. "Well, thank for the cooperation." Dia menarik nafas dalam. Sungguh! Dia tidak menyangka. Suara Aya begitu merdu. Dia mengetap bibir geram. "But sayangnya, kau tetap dibenci dan takkan ada yang tertarik dengan suara kau yang en...." "Siapa cakap?" Romeo yang tadinya asyik memerhati mula bersuara. Dia bangun dan pergi ke arah gelanggang. Mereka terbuntang. "Romeo....you're kidding right, darling?" kata Eve sambil buat-buat ketawa.Takkanlah..... "No! I'm not!" senyum. Dia pergi ke arah Aya.Besi yang merantai tangan dan badan Aya ditanggalkan.Sebenarnya dia pun tak faham dengan apa yang dia buat sekarang ni. "And, where's the key?" dia memandang sekelilingnya. Ryka yang memegang kunci menyembunyikan kunci dibelakang badannya. Dia tersenyum. "Sweatheart...the key please...." senyum segaris. Ryka pula macam kena pukau. Kunsi yang beradda ditangan diserahkan kepada Romeo. "Thanks, darling...."Kunci dibuka dan Aya rebah dipangkuannya. Badan Aya didukung perlahan. "From now on...she'll be my girl. If anyone of you have anything to discuss with, please do see me instead." Erk? Apa yang aku cakap ni? Dush! Dush! Entah kenapa ayat tu keluar macam tu je. dia langsung tak sempat nak fikir apa-apa pun. Tapi....mata kembali memandang Aya yang tekulai layu ditangannya. Senyum. Yeah...this is the right thing to do..... Dan, dia pantas beredar dari tempat itu. Joe terkulat-kulat. Romeo ni dah gila ke apa? Labels: I Hate You! |
2 Comments:
Awesome!! Saya sangat suka jalan ceritanya.. Sambung lagi erk, chaiyok!! Aja aja fighting!!
to -Karya Violet_
me said....
thanks for the comment! appreciated it very much! Insya Allah...
Post a Comment