Treasures
Home About Stories Twitter Follow Dash

owner


" Be free to fly away from the madness "

Talk to me


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

I Hate You! - 2
Friday, October 25, 2013 • 9:54 AM • 1 comments



Dia yang menjadi tumpuan. Dia yang menjadi idaman. Dia yang menjadi pujaan. Dan hanya dia yang menjadi sebutan budak-budak perempuan yang ketandusan kasih sayang sejak....err... sejak beberapa minit yang lalu. lol! Dia rimas tapi dalam masa yang sama rasa suka juga. Yelah, bukan senang nak jadi famous macam ni betul tak?


"Woah! Handsome gilerr..."


"Ha'ah, kalah pakwe ko yang Jun Pyo tu....."


"Ahhhhh...!"


"Abang...abang....pandanglah sini!"


Kepala dipusingkan ke kanan. "Hai." Senyum segaris.




"Ahhhhhh!" serentak dengan itu budak perempuan itu terus pengsan tak sedarkan diri. Ha? Kenapa? Jawapan yang mudah lagi ringkas ialah, gedik. Ya! Kerana budak perempuan itu terlampau gedik sehingga overacting sampai terpengsan-pengsan. Menyusahkan orang je!


Dia mengeluh. Susah juga rupanya kalau dah terlebih kacak macam...macam... aku ni! hihihi.... Terperasan pula! Langkah kaki dilajukan. Rasanya selepas tragedi ni, dia perlu memakai topeng untuk ke sekolah.


Pejabat.


Nampak je signboard tu, dia terus masuk ke dalam bilik yang elegan lagi cantik itu. Sekolah anak-anak orang kayalah katakan.... "Assalamualaikum."


"Waa...." alaikummussalam... Mak aih! Handsome gilerr! Ni putera raja kayangan mana ni? Nak mengorat aku ke? Alahai! Kenapa aku tak pakai kebaya yang aku beli semalam tu? Make-up pun al....


"Err...excuse me. Pengetua ada tak?" muka kerani perempuan yang berumur dalam linkungan pertengahan 20 an itu dipandangnya pelik. Apasal dengan mulut dia? Tak boleh tutup ke apa?


Alahai! Kacaknya dia bila bercakap. Walaupun suara dia aku tak dengar, tapi...oh! Hatiku, jantungku berdegup-degup. Oh!


Romeo mengerutkan keningnya. Dia ni dah kenapa? "Er....Excuse me!"tangan dilambai-lambai dihadapan muka wanita itu.


No response. Masih macam tu jugak. Ternganga dengan air liur yang meleleh macam budak umur satu tahun. Nampaknya terpaksalah aku.....


"KEBAKARAN.....!!!!"


"Ha? Mana-mana? Tolong-tolong!" kelam-kabut Si Kerani itu dibuatnya.


Romeo menghembus nafas lega. Akhirnya.... "Pengetua ada tak?" sebelum dia berangan lagi, baiklah aku straight to the point.


Angguk dua kali. "Err...dalam bilik dia." tapi takkanlah... dia mengerut dahinya. Pengetua tu kan dah ada cucu dah. Teruknya taste dia!


"Thanks." Senyum


Oh my.... Boleh gila aku macam ni. "Eh. tunggu!" oopps!


Romeo berpaling. "Yes." dua keningnya terangkat tinggi.


"Err....takkanlah awak..." aduhai! serba salah pula nak cakap. "Awak..." gulp.


"Saya apa?"


"Er...awak handsome." adoi! bukan tulah yang aku nak cakap.


Senyum. "Saya tahu." lol. perasan tak habis-habis!


"Eh. bukan."


"Hah?"


"Eh. ya."


Bertambah berkerut dahi Romeo saat ini. Kerani ni nak cakap apa?


Woi! Apa benda yang aku buat ni? Malu betul. "Err...masuk saya. Ya! memang awak kacak. tapi, bukan tu yang saya nak cakap." merah-merah mukanya saat ini.


"Then?"


"Err....kalau tengok daripada muka awak, nampak macam pelajar. Muda. Takkanlah awak nak mengurat pengetua pula?"


"HAH?!" mata terbeliak. Muka aku ni nampak macam desperate sangat ke?


"Err...pengetua tu dah tua. Daripada awak mengurat dia, baik awak mengurat saya."


"HAH?!" serentak dengan itu Romeo ketawa terbahak-bahak. Woi-woi! Apa benda ni? Ni sekolahlah. Tempat untuk belajar. Belajar means belajar ilmu yang baik-baik dan berfaedah, bukannya belajar nak mengurat atau berkapel!Ceh! Pandai juga aku ni rupanya...


"Err...Cikgu salah faham ni. Saya ni student yang baru transfer kat sini. Mummy-daddy saya tak dapat datang, ada urusan. Jadi saya kena settlekan urusan saya sendiri."Senyum. "So...walaupun saya bukan student ke apa ke, saya memang TAKKAN dan TAK NAK pun mengurat Cikgu dan Pengetua."


Dush! Malu-malu....Kalau boleh disorok muka ni, kan bagus...


Tok! Tok! Tok!


"Coming..."

                                                                        ........................


"Weh, dengar tak tadi?"


Eve masih sibuk dengan kukunya. Sejak tadi hanya itu yang dia lakukan. Mengilat kukunya. "Apa benda?


"Ada budak handsome baru transfer kat sekolah kita."


Mencebik. "Apa kes tengok budak. Low-class..."


"Bukan budak yang lima tahun tulah...Aku rasa dia lebih kurang baya-baya kita jugak."


Eve menguap panjang. "Not interested. Bosan. Daripada cakap pasal budak lelaki yang entah dari mana entah tu, baik korang semua ni fikir apa benda kita nak buat dengan budak tu..." bibirnya memuncung ke arah Aya yang sejak tadi tekun dengan dengkurannya. Ceh! ingatkan tekun menghadap buku ke apa, sekali... haih!*gelengkepala*


Lilia, Baby dan Flora membuntangkan biji mata mereka. Seriously, apasal Eve benci sangat dengan minah selekeh tu? "Eve...biar ajelah dia tidur...dia bukannya kacau kau pun..."


"No. Selagi aku masih lagi bernafas macam ni." Tarik nafas dalam. Hembus."aku takkan biarkan dia tenang, kecuali kalau dia betul-betul dah lenyap dari mata aku. Faham?"


Mereka bertiga serentak menjulingkan mata ke atas. Tak faham betul!


"Dan sekarang, aku nak korang try kacau dia."


Mata terbeliak. "Kitorang?" serentak pula tu.


"Yes." Angguk tiga kali. "Takkan bertiga pun tak boleh?"


"Memang. Tak." serentak lagi bersuara.


Kening sebelah terangkat. "Betul korang tak boleh buat?"


"Err...."


"Eleh! Kalau kau pandai sangat, cubalah kacau singa betina tu!" bidas Flora bengang. tak abeh-abeh nak mengarah!


Dadanya berombak-ombak menahan geram. Berani mereka semua ni mencabar dia, ratu sekolah untuk buat benda macam tu? "Okay. Fine."katanya seraya bangun dan pergi ke meja Aya.


Tepuk tangan tiga kali. "Attention please!"


Dan serentak dengan itu kelas yang tadinya riuh macam pasar borong, terus diam serta-merta. Sunyi. Aman dan tenteram. Pendek kata, bunyi penghawa dingin pun boleh dengar. Panjang kata, err....panjang sangat, sampai tak larat nak cakap! lol!


Dia tersenyum. Dan kemudian dia menarik meja Aya dengan kuat.


Aya tersentak. Mendongak. Renung muka Eve dengan tajam. "Kau nak mati sangat ke?"


Ketawa sinis. "Siapa bencikan Aya, angkat tangan."


Dan serentak dengan itu seluruh pelajar kelas Awesome mengangkat tangan mereka, kecuali Joe, ketua kelas mereka. Joe membeliakkan biji matanya. "Woi. Korang. Aku tulis nama semua orang nanti, lepas tu bagi kat pengetua."


"Booo......"


"Err....Eve pergi duduk tempat kau sekarang."


"Diamlah Biawak Hitam krook-krook...!"


Erk? Joe mengerutkan keningnya. Krook-krook? Apa benda tu?


"Siapa yang menyampah dengan minah selekeh ni?"


Sama seperti tadi. Angkat tangan sambil memandang tajam ke arah Aya. Aya memejam mata rapat. Liur pahit ditelan.


"Siapa yang rasa yang Aya tak ada manners, hidup merempat, sam..."


Dam!


Lepas meja itu dihentak, dia mencengkam kolar baju Eve. Mata merenung tepat ke dalam mata Eve. "Kau pernah rasa kehidupan alam barzakh tak?"


"Booo....." dan kelas yang tadinya diam kini mulai penuh dengan suara-suara cemuhan pelajar-pelajar yang amat membencikan Aya. Aya masih tetap seperti itu. Lantak ah! Orang nak kata dia kurang ajar ke apa ke, langsung tak kisah. Kalau lepas ni masuk penjara pun, biarlah. Biarkan... dia LANGSUNG. TAK. KISAH.


"See. Aya. No want loves you here. So...apsal kau tak faham bahasa?"


Dan lepas tu.....


Kejadian berlaku dengan begitu pantas.


Sedar-sedar je, Eve dah teresak-esak di atas lantai. Menangis meraung-raung. Tak tahulah apa yang Aya dah buat. Aya memandang setiap wajah dihadapannya dengan penuh kebencian. "And now tell me, siapa nak lagi?"


Mereka yang lain cepat-cepat buat kerja masing-masing. Pura-pura membaca buku. Pura-pura memerhatikan udara disekitarnya dan macam-macam lagi. Aya tersenyum sinis. Hipokrit!


"I'll tell my daddy bout this." kata Eve lantang.


"Go ahead, you crybaby. I. DON'T. CARE!" dia membetulkan kedudukan mejanya. Dan lepas tu, terus sambung tidur.


Eve tarik nafas bengang. Dia bangun dari pembaringannya. Baru je dia nak sepak kaki Aya.


"Assalamualaikum..."


Suara cikgu. Terus dia kembali ke tempat duduknya. Nanti tak pasal-pasal jatuh pula reputasi Ratu dia di sekolah ni.


"Class....today, you all akan dapat kawan baru. Romeo. Kenalkan diri."


Eve ternganga. Mak aih! handsome gila! Hilang terus sakit-sakit badannya yang dibelasah oleh Aya sebentar tadi.


"Nilah yang aku cakapkan tadi. Kau tak caya."


Eve mengangguk berkali-kali.


"Err...hai! My name is Muhammad Romeo Akashah bin Alexander Abdullah. I am seventeen now, and that's why i'm here. And i am just a normal human being. Nothing special about me, except for being extremely good looking. Hehehe...."


Satu kelas ketawa dengan jenaka bodoh Romeo itu. Romeo memerhatikan sekeliling bilik darjah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Kecuali...dia... budak selekeh tu! Eh? Dia sama kelas dengan aku? Dia tersenyum panjang. Oh... Student rupanya....Tanpa sedar dia memegang pipi kanannya.

 







Labels:



1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

keep posting.. i'll alwayz support u *dr belakang*.. gud luck!

October 26, 2013 at 4:36 AM  

Post a Comment


|