owner
" Be free to fly away from the madness " Talk to me Credits
| I Hate You! -6
I wish I could fly...
"Ha!
Romeo? Apa yang kau dah buat dengan bini aku semalam? Aku memang
berniat nak mar....erk?" Mata Joe terbuntang. Selamba badak je budak ni
buak dek dengan aku? Dah lah rampas awek aku....
"Aku
ni manusia yang makan nasi, tak tahulah pula kau jenis manusia yang
makan penumbuk..." dia merebahkan badannya ke atas tilam. Balik-balik je
dah kena terjah. Dahlah tadi sepanjang jalannya untuk sampai ke
biliknya ini pun, dah ada macam-macam dugaan. Hish! Boleh tak jangan nak
penyibuk sangat? Aku pun tak tahulah kenapa aku buat macam tu.... Tanpa
sedar dia merengus begang. Entah sakit hati dengan diri sendiri atau
apa, dia pun tak pasti...
Joe
membuntangkan matanya bulat-bulat. Loyar buruk pula mamat ni...
Nafasnya membuak-buak. "Romeo, kau jangan nak loyar buruk sangat boleh
tak? Aku serius ni. Kau ingat senang ke nak dapat perempuan yang tak
macam perempuan er... macam eh!" dia menggaru kepalanya apabila
menyedari bahawa dia sudah mula mengarut.
Romeo sekadar ketawa panjang.
"Apasal
kau gelak? aku tak buat lawaklah... Baik kau cakap dengan aku, kau...
sebenarnya dah...." gulp. Takut pula dia nak habiskan ayatnya yang satu
itu. Kalau betul, macam mana? Susahlah dia macam ni....
Romeo mengangkat kedua belah keningnya tinggi. "Sebenarnya apa?"
"Er... maksud aku.. er.. aa.. maybe.. er.." dia merengus kuat. Apasal aku gagap pula ni? "Maybe...."
Romeo
bangun dan duduk di atas katilnya. Dia mengeluh. Erk? Joe memandang
muka Romeo. Takkanlah... "Er... kau biar betul?" luahnya perlahan
Romeo mengangkat mukanya yang ditundukkan. Dia menghela nafas panjang. "Yeah.. I'm afraid to admit it. But... yeah..." muka Joe dipandang. Dia mencebik. "Tak sangka aku akan suka kat pontianak pula...."
Gulp.
Mata Joe terbuntang. Tiba-tiba rasa macam tak boleh nak bernafas pula.
Selama ni dia tak pernah terfikir pun yang dia bakal ada rival dalam usahanya mengurat Aya. Tak sangka....
Romeo menjeling muka Joe yang dah pucat lesi itu. Dia mengulum senyum. Tak sampai lima saat kemudian dia ketawa terbahak-bahak.
Joe pula memandang muka Romeo pelik. Erk? Romeo dah jadi gila ke?
"Kau kenapa?"
Romeo yang masih ketawa itu dipandang geram. Dahlah... hish! entah apa-apa entah!
"Hey, Joe! Do you actually believe that? Hahahaha..." dia kembali ketawa berdekah-dekah. "Guraulah... gurau..."
Mata Joe terkelip-kelip tidak percaya. "Gurau?"
Angguk tiga kali. "Yes. Aduhai... Aku baru je kenal dia, takkanlah terus suka? Lol." Ketawa.
Joe yang baru sedar itu juga ikut ketawa. Ye tak ye juga. Er.. tapi.. "Tapi, tadi confession kau tu..???"
Romeo mencebik. "Entah aku pun tak faham juga kenapa aku buat macam tu. Maybe sebab kesian kut!"
Joe mengangguk-angguk beberapa kali. Dia menarik nafas lega. Barulah sekarang dia rasa senang untuk bernafas.
"Lega
aku.... Aku ingatkan betul-betul tadi." Dia menghela nafas panjang.
Dompet yang terletak di tepi meja stadi itu diambil. "Romeo, meh jom aku
belanja kat kafe."
"Seriously? Aku order mahal-mahal kau jangan marah pula nanti!"
"Nope. Orderlah... Today, it's my treat..." senyum panjang.
................
Prang!
"Argh....!"
"Oh mak kau, gajah terbang!"
Serentak
dengan itu terdengar bunyi suara-suara merdu yang menjerit-jerit tak
ubah macam beruk kat dalam hutan tu. Er.. beruk pun tak macam mereka
tau! Hihi... Mak Cik Dewan Makan Yang sedang membawa dulang makanan
untuk diletakkan kat atas meja, terperanjat apabila, dia berlari pantas
melintasi mak cik itu. Serta-merta dulang yang berada di tangan
terhempas. Dan suasana yang kecoh, menjadi bertambah kecoh. Alahai...!
"Woi! kau tunggu! Nak ke mana tu?"
"Hish!
Bertuah punya budak! Mana kau nak bawa lari roti-roti tu semua?" Mak
Cik Dewan Makan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kembang kempis
hidungnya ketika ini akibat marah yang teramat. Kalau dia ada super power macam Incredible Hulk tu kan bagus..... Dia mengeluh dalam diam. Ceh~ masa-masa macam ni pun, sempat lagi ke nak berangan?
Bagai
tersedar daripada mimpi, Mak Cik Dewan Makan menampar pipinya beberapa
kali. Dia merengus geram. Budak yang masih berlari itu dia pandang.
"Woi...!" serentak dengan itu, tanpa mempedulikan saiz badannya yang
mengalahkan gajah itu, dia berlari mendapatkan budak itu.
Deen
menoleh ke belakang. Kalau tak disebabkan mulutnya penuh disumbat roti,
dah lama dia ketawa terbahak-bahak agaknya. Lol. Bergegar siot....!
Entah kenapa buat seketika, dia rasa mak cik tu seksi la pula....
Hihi...
"Kalau
aku dapat kau, memang mampus kau aku kerjakan. Mencuri aje, kerjanya!
Woi...." termengah-mengah mak cik itu mengejar Deen. Muka Deen merah
menahan tawa. Tahan...tahan.... Sabar, Deen, sabar... sabar itu separuh
daripada iman, kan? Ceh! tengah mencuri pun, boleh lagi ceramah pasal
iman ke? Hmmph! Hampeh!
Deen
menoleh ke belakang. Matanya terbuntang besar. Eh, macam makin dekat je
mak cik ni... Apasal laju sangat? Dia merengus dalam diam. Roti yang
berada di dalam pelukannya itu terlampau banyak, sehingga susah untuk
dia tunjukkan bakatnya sebagai atlet. Aduhai...! Muka ditoleh ke
hadapan. Eh??? Alamak...! tak sempat nak brek... Dan...
Buk!
Kedebuk!
"Aw...."
belum sempat dia nak mengaduh kesakitan, Mak Tom dah terbabas lalu
terjatuh dan terhempap badannya yang kecil itu. Dan serentak dengan
itu....
"ARGHHHHHHHHHH................!"
Serentak
dengan itu, seluruh pelajar, guru, dan pekerja-pekerja di SMART menutup
telinga mereka. Mak aih! Boleh pecah kepala otak!
Joe dan Romeo juga terperanjat. Tak sangka kemalangan seperti ini akan berlaku.
Mak
Tom juga mengaduh kesakitan sambil bangun perlahan-lahan. Dia menyapu
debu yang berada di punggungnya. Erk? "Er.. maaf mak cik tak sengaja."
Deen
yang baru lepas terhempap itu merengus. "Sakitlah.....!" Dia memandang
ke hadapannya. "Semua ni pa... eh kau?" mata dikerdipkan beberapa kali.
"Er.. Romeo kan? Romeo Akashah?"
Romeo mengecilkan matanya. Otak cuba memproses sesuatu.
"Hide and seek.... pranks... pee... er, apple?"
"Hah?" Dia menelan liur. Mata terbuntang. "Deen? Deen Alina? Right?"
Deen mengangguk beberapa kali. Mereka berdua ketawa. Tak sangka akan jumpa kat sini. "So.. you're the boy? The 'hottest' one? That everyone were all .... er...fallen for? Hahahahahaa..."
"Hey, shut up!"
"Seriously!" dia memandang Romeo atas bawah. "You never changed. And yet... the 'hottest' one? Hahahaha...."
Romeo hanya tersengih. Joe dan Mak tom pula terpinga-pinga memandang mereka berdua. Apahal pula ni? Jejak kasih ke?
"This is absolutely absurd! Perhaps everyone....."
"Cup!"
Joe tarik nafas bengang. Dia dah tak tahan lagi. Tak pepasal dia jadi
patung pula kat sini. "Korang ni kenapa? Apa hubungan korang?"
Romeo dan Deen mengalihkan pandangan ke arah Joe secara serentak. Deen mengulum senyum. "Me and him? Well, we'd married few times before... Right, darling?"
Romeo mengangguk. "Yes, honey..." kemudian pecah tawa dua orang insan yang entah apa-apa. Joe ternganga. "Kau.. dah kahwin Romeo???" luahnya perlahan.
"Hrm... since i was five." dia ketawa perlahan. "Then, kahwin lagi sekali waktu umur enam tahun, er... berapa kali hah?"
"Hundred times perhaps..."
Gulp. "Banyaknya???"
"Dah
cukup! Lepas ni kalau kamu nak berborak, boraklah puas-puas. Deen."
Mata Mak Tom terbuntang. "Jumpa Mak Cik di dapur sekarang." Dia
memandang Romeo. Minta tolong dengan muka satu sen.
Romeo menggeleng. "You deserve it, darling...."
Muka dipalingkan. Hmmph! Blah la.... entah apa-apa entah! Dengan bengang langkah diatur mengikuti Mak Tom dari belakang.
......
Langkah kaki di atur menghala ke arah Bangunan Medical.
Dia bersiul-siul senang hati. Maklumlah, bila perut dah kenyang, hati
pun senang, iya tak? Agak-agak minah tu dah bangun ke belum, hah?
Dan
akhirnya, kini tiba juga dia di hadapan pintu bilik rawatan Aya. Dia
menarik nafas panjang. Tombol pintu dipulas, dan kaki perlahan melangkah
masuk ke dalam bilik itu. Aya masih tidur. Lama juga dia tak sedar. Dah
dua hari ni! Kaki kemudian perlahan melangkah ke katil Aya. Dalam diam ,
wajah Aya dengan rambutnya yang serabai itu diperhatikan. Makin lama
makin dekat. Tiba-tiba...
Pap.
Dua
mata bertentang. Kedua-duanya terkejut. Aya yang separa sedar itu
bangkit dari tidur. Dalam keadaan yang kelam kabut itu.....
Cup!
Mata yang terbuntang makin terbuntang apabila bibir mereka mula...... er... pepaham je lah...! Dan refleks....
Bom! Bom Kebabom!
Labels: I Hate You! |
0 Comments:
Post a Comment