Treasures
Home About Stories Twitter Follow Dash

owner


" Be free to fly away from the madness "

Talk to me


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

I Hate You! - 1
Thursday, October 24, 2013 • 1:06 PM • 0 comments




"Aya."

Tidur

"Aya."

Garu-garu telinga, then sambung tidur balik.

Cikgu Tom  menggaru-garu kepalanya beberapa kali. Budak ni...! Aku tahulah dia pandai. Scorer setiap subjek. Tapi takkan asyik nak tidur je? Dia menarik nafas panjang. Ya! Dia perlu banyakkan bersabar. Walaupun sebenarnya dia dah terlebih banyak bersabar. Dan...

satu...

dua...

tiga....

"AYA...!!!"

Dam!

Bahu Cikgu Tom terhinjut. Terkejut dek hentakan meja itu. Dia mengurut dadanya perlahan. "Err...."

"Kau nak apa?" dia merenung cikgu tu macam harimau nak baham mangsa. Ya! dia tahu kini dia menjadi tumpuan. Tapi....ah! lantak ah! Apa aku kisah? Nak famous ke apa ke.... lantak ah!

"Err...." gulp! Mampus aku! "Err....Ka..Ka...."

Aya merengus keras. "Mind your own business." dan lepas tu dia terus keluar daripada kelas yang entah apa-apa tu.  Dapat dia dengar suara burung-burung gagak yang duk mengata pasal dia yang kurang ajar. Tapi, dia dah terlebih biasa dengan semua tu. Dan, selebihnya dia dah lali dengan kata-kata bodoh daripada orang-orang yang bodoh!

"Kau nampak tak tu?" kata Eve sambil menunjukkan memek muka meluat. Ketiga-tiga pengikutnya, Lilia, Flora, dan Baby mengangguk-angguk macam burung belatuk.

"Macam tulah jadinya bila tak ada mak bapak! Hidup merempat! Diri pun dah jadi tak betul!"

"Betul.Betul."

"Entah kenapa entah sekolah kita ni bodoh sangat ambil sampah masyarakat macam tu pun tak tahulah! Dah gila agaknya." sambungnya lagi. Dia cukup menyampah dengan budak selekeh tu. Entah apa yang bagus entah! Sampai sekolah ni langsung tak boleh nak buat apa-apa dengan perangai dia yang mengalahkan syaiton nirrojim tu.

"Err.....tapi, dia kan pandai." kata-kata Baby itu berjaya membuatkan Baby mendapat hadiah percuma daripada Eve. Baby menggosok-gosok pipinya. Sakit sioott..!

"Ko cakap lagi. Memang penumbuk kau dapat." Dia memberi amaran keras. Mencebik. "Pandai apa kalau macam tu? hak-tuih! Nenek aku lagi pandai!"

Baby masih lagi bengang. Yelah... tak pasal-pasal kena penampar! "Jadi macam ni rupanya orang yang penuh didikan... sesuka hati tampar anak orang..."

"Hah? Pardon?"

Geleng tiga kali. Tak berani nak cakap apa-apa. Takut nanti budak yang penuh ajaran dan didikan ni tampar dia sekali lagi. Mak aih! Simpang malaikat empat puluh empat!

                                                               ...................
Ceh! Entah apa-apa entah! Tak habis-habis nak mengganggu hidup aku. Tak ada benda lain ke nak dibuat? Geleng kepala. Ingat aku kisah ke dengan kelas dia tu? Dah lah ajar pun setakat tambah tolak bahagi darab tu je! Lepas tu dia ingat aku tak tahu, pasal dia fitnah aku kat cikgu-cikgu lain? Dia menggigit bibirnya.

"betul....budak tu memang macam tu! Hish! tak fahamlah saya! agaknya anak luar nikah memang macam ni kot!" kata Cikgu Tom bersungguh-sungguh.

Cikgu Fazura mengangkat kening tinggi. "Eh? Tapi dekat kelas saya dia okey aja. Cuma dia tak banyak cakap. Kalau saya tanya soalan, baru dia buka mulut. Apa yang tak kenanya?"

Cikgu Tom menggeleng-geleng. "Tulah, cikgu ni baik sangat! Sampai tak nampak yang dia tu jahat! Dia curi duit saya. RM100. Depan mata saya, boleh dia kata, dia tak ambil lagi!"

bertambah kedutan di dahi Cikgu Fazura. Biar betul? "Eh...takkanlah...."

Cikgu Tom mencebik. "Tulah...bila saya cakap semuanya tak percaya. Ingat saya mereka-reka cerita! Alah... tapi bagi saya biasalah...anak luar nikah! hidup pun merempat. Tak ada mak bapak, macam tulah jadinya...."

 "Tapi, seeloknya siasatlah dulu Cikgu Tom."

Cikgu Matematik itu tergelak sinis. "Nak siasat apa lagi? Untuk sampah....."

Dam!

Saat dia menghempas pintu bilik guru itu, muka Cikgu Tom pucat lesi. Dia menahan air mata daripada mengalir. "Cikgu...terima kasih banyak-banyak!"

Dan lepas tu, dia langsung tak panggil cikgu tu cikgu dah. Dia mengeluh. Aku ingatkan dia baik.... Dada terasa berat. Dia menarik nafas dalam. Tak apalah Aya... kau kan dah terlebih biasa! Ya! Aku terlampau biasa dikhianati. Dia meneruskan langkah kakinya. Entah mana entah dia nak pergi pun tak tahulah...

Buk!

"Aww....." Tulah Aya... orang jalan pandang depan, ni kau sibuk pandang kaki sendiri tu dah kenapa?

"Err...are you okay? I'm so sorry..." tangan dihulurkan. Dia memandang wajah di hadapannya. Mak aih! Ni manusia ke hantu?

Aya memandang huluran tangan itu. Kemudian terus ke muka yang tersenyum-senyum sejak tadi. Dia mencebik. Senyum-senyum, entah apa-apa entah! tanpa mempedulikan huluran tangan itu, dia, bangun sendiri. Tangannya menggosok-gosok punggungnya yang berdebu.

Dia mengangkat kening. Dari kaki, ke tangan, ke muka, seterusnya ke rambut yang menggerbang macam pontianak tu! Setiap inci penampilan perempuan itu diperhatikan. Erk? Perempuan ke? Dia tersengih sendiri. Tak baik mengata orang Romeo.... tapi, dia ni student ke...

"Er...can i ask you something?"

Aya merenung muka yang tersengih-sengih itu. Dah macam orang gila dah aku tengok! Tersengih-sengih!

Gulp. Dia menelan liur pahit. Belum apa-apa dah bagi renungan maut, ni kalau tanya, agak-agak mati tak aku hari ni? "Er..."

Aya tunjuk muka bosan. Tapi baru je dia nak berlalu daripada tempat yang entah apa-apa itu....

"Are you a student or a lunatic....psycho something li..."

Pang!

"YES. I . AM . A . PSYCHO. And that's why you got that." dan tanpa sepatah kata, dia terus berlalu dari tempat yang memanaskan hati dan perasaanya.

Erk? Did i'm asking a wrong question?

 









Labels: ,



0 Comments:

Post a Comment


|