Treasures
Home About Stories Twitter Follow Dash

owner


" Be free to fly away from the madness "

Talk to me


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

I Hate You! -3
Saturday, October 26, 2013 • 2:11 PM • 1 comments



 
those flowers...will it able to change the darkness in my life?



Ada yang ternganga. Ada yang meleleh air liurnya. Ada juga yang sejak tadi asyik menampar mukanya berkali-kali. Tak kurang juga yang asyik menggosok-gosok mata mereka. Oh! Apakah ini cinta? Adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama? Wajahnya, matanya, hidungnya dan...bibirnya yang....yang..seksi sioot! Dan sejak tadi hanya ayat-ayat itu yang bermain dalam minda pelajar-pelajar perempuan kelas Awesome.




"Alahai...." Amanda mula berangan. Mungkinkah lepas ni dia akan meminang aku? Hmmph! hampeh! sekolah pun tak habis, dah fikir pasal nak kahwin!


Rupa-rupanya bukan hanya Amanda yang berangan, malah, Indah, Eve, Flora, Baby, Mia, Risya, dan seluruh pelajar perempuan kelas Awesome kecuali si dia.... Ya! Si dia yang daripada tadi asyik tidur di tempatnya.


"So guys, if you have anything to ask him, do ask him now, before its too late." Cikgu Kamelia tersenyum. "Err...rasanya Romeo, mereka-mereka ni semua nak sangat tahu sama ada awak ni single ataupun tidak."


Serentak dengan itu, suasana kelas mereka riuh dengan siulan dan sahutan-sahutan pelajar. Semuanya terlampau excited dengan soalan Cikgu Kamelia itu. Err... bukan excited dengan soalan, tapi lebih kepada jawapan untuk soalan itu. 


"Ala....cikgu ni macam tahu-tahu je...."


"Ha'ah betul tu! Sayang cikgu."


"Err....ni dah ada pelajar kacak ni, homework bolehlah dikurangkan ya, cikgu?"


Mereka semua ketawa dengan lawak bodoh Joe. Nama je ketua kelas, ingatkan bolehlah membimbing rakan sekelas ke apa, tapi ni sekali rupa-rupanya, dia yang paling pemalas!


Cikgu Kamelia menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Tak ada maknanya! Homework tetap homework!"


"Ala....."


"Cikgu ni tak sporting betullah...."


Romeo tersenyum panjang melihat gelagat rakan-rakan barunya. Lega rasanya bila tengok semua orang happy dengan kedatangannya.


"Err...Romeo. Jawablah soalan tadi tu." Amanda buat muka tak puas hati. Menyampah betul dia dengan rakan-rakannya yang asyik kacau daun. Tak habis-habis nak menyampuk. Tak ada kerja lain ke?


"Err...soalan yang mana,eh?


"Soalan sama ada abang Romeo single ataupun tidak." jawab Eve cepat-cepat. Dia menjeling Amanda. Heh! Jangan ingat aku akan bagi kau peluang kali ni!


"Abang?"


"Booo......"


Walaupun dia telah dikutuk oleh seluruh rakan kelasnya kerana memanggil Romeo dengan gelaran 'abang', tapi dia tetap maintain tersenyum. Dia tak kisah. Orang nak kutuk ke apa, lantaklah....! 


Romeo pula hanya mampu tersengih. "Eh...takpe-takpe. Lagipun panggilan abang tu kan menunjukkan rasa hormat. So, I'm okay with it." dia mengenyitkan matanya kepada Eve. Dapat dia lihat mata Eve yang bercahaya keseronokan dengan tindakannya. "To be honest, I am also wondering about my own status. But my instinct said that..." dia menggaru kepalanya. "Maybe, I am..... single?"


"Maybe?" Eve tayang muka tak puas hati. Takkan status sendiri pun tak tahu?


Romeo diam. Soalan Eve dibiarkan tak berjawab. Nak mampus ke cakap 'yes, i'm still single'? Tak pasal-pasal je tempah tiket untuk dikepung nanti. "By the way, guys, since I'm new here, i hope that we'll be able to support each other and...."


"Ala....tak payahlah risau. kalau nak apa-apa kau tanya je kat aku. Aku Joe, merangkap Ke...."
"Woi! Diamlah!"


"Entah! sibuk je nak promo diri sendiri....." Serentak dengan itu semua budak perempuan kelas Awesome menghadiahkan jelingan maut kepada Joe. Joe mencebik. Ceh! Langsung tak hormat aku!


Cikgu Kamelia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Budak-budak ni....bila dah dapat peluang nak bercakap, memang jangan haraplah nak berhenti! "Dah. Stop. Sekarang cikgu pula yang nak bercakap." Diam lima saat. Pandangan dialihkan kepada Romeo. "So Romeo...awak duduk dekat sebelah...." mata mencari-cari tempat kosong. Dia tersenyum bila nampak Joe yang bersemangat tunjuk kerusi yang kosong disebelahnya. 


"Romeo, you can take your seat next to Joe."


Joe tersenyum. Dia mengangkat kening tinggi memandang Amanda dan Eve yang merenung tajam terhadapanya. Eleh! Nak pandang-pandanglah...silakan! Tahulah aku handsome! hihihi.. Suka rasanya dapat buat budak-budak tu bengang.


"Heya, bro! Nice to meet you!


Romeo menyambut huluran tangan Joe. "Yeah...you too" Matanya memandang meja disebelahnya. Dia tersenyum. Tak sangka dapat jugak duduk sebelah kau walaupun meja kau hanya jarak satu meja daripada aku....


"Okay class, there's a small reminder here. For our mid-year festivals, you guys kena fikirkan persembahan apa yang kita nak buat nanti. Kena ada sekurang-kurangnya tiga persembahan. Tema, Fairy Tale. And, Joe, tolong bahagi-bahagikan tugasan ya."


Joe mengangguk sambil tangannya sibuk mencatat tugasan yang baru diberikan itu. "Tiga persembahan tu, termasuk Orkestra ke?"


Cikgu Kamelia menggelengkan kepalanya. "No. Orchestra tu kan wajib. Sama macam tahun-tahun lepas jugak. Mana-mana kelas yang persembahan Orkestranya paling best, akan dapat ganjaran besar. So, tiga persembahan yang lain tu, nanti Joe kamu bincang dengan rakan kelas kamu."


Angguk sekali. So.... bahu terasa dicuit. Dia mengalihkan pandangan daripada buku catatannya kepada Romeo. Kening sebelah diangkat.


"Kalau kau ketua kelas, siapa penolong kelasnya?"


"Dah meninggal. Car-crash." tenang dia menjawab.


"HAH?!" mata Romeo terbuntang. Benda macam tu pun dia boleh rileks? "Err..kau tak kisah ke?"


"Dah ajal, nak buat macam mana?" Dia menggelengkan kepalanya. "Kesian kat aku lepas arwah tak ada. Semua kerja aku kena buat." Mengeluh.


Erk? Romeo rasa macam nak hantuk kepala dia kat dinding sebanyak sejuta kali. Apa benda ni?


"Romeo." Muka Romeo yang ternganga itu ditatapnya. "Marilah kita tadah tangan. Semoga Roh arwah aman di sana. Al-fatihah..."


Tak pernah aku jumpa orang macam ni... Keluh Romeo dalam hati.


Dan lepas tu, pembelajaran pun bermula.


......................................


"Alahai...penat betul! Daripada tadi cikgu-cikgu semua rajin masuk kelas." Dia mengurut bahunya. "Romeo, teruknya karangan kau tadi." 


Romeo tersengih. "Aku sekolah kat Scotland tu, daripada aku darjah tiga. Tu yang jadi macam ni."


Joe mengnagguk-angguk. Faham. Eh? tapi... "Tapi, kau cakap melayu okey je."


"Tu sebab dekat sana mummy-daddy aku tetapkan untuk cakap melayu di rumah. So, dah biasa."


Oh...."Tapi rasanya, kau kena baiki karangan kau tu, kalau tak gagal nanti. Dahlah tahun ni SPM."



Romeo angguk. Dia memandang meja Aya. Budak ni... tak ada kerja lain ke? Lepas je cikgu keluar, terus tidur. "Weh, budak sebelah ni memang macam ni ke?"


Joe mengangkat kening. "Dia?" Angguk. "Dia hanya akan bangun kalau time belajar sahaja."


"Cikgu-cikgu tak kisah ke dia pakai macam tu?" Baju tidur. Selekeh gila nak mati. Muka pun penuh dengan air liur basi. Memang seratus-peratus nampak macam tak mandi. Rambut? Jangan ceritalah... menggerbang macam pontianak! Pontianak pun tak macam dia!


Geleng tiga kali. "Cikgu-cikgu mana berani dengan dia... Dia nampak je macam tu, tapi, dia aset sekolah tau. Cakap je pertandingan apa yang dia tak masuk. Boxing, Judo, Silat, Taekwondo, debat, lumba lari, forum, pidato, olahraga, muzik, senang cerita semua bendalah dia masuk."


Mata Romeo terbuntang. Bapak aih! "Tapi kenapa aku tengok meja kat kelas ni semuanya berdua. Dia sorang je yang pelik. Meja Single."


Joe menggeleng. "Romeo...Romeo...kau kena faham. Dalam kehidupan bini aku tu, hanya ada dia dan aku sahaja. Dia jenis yang tak suka bergaul. Lagipun kat kelas ni, hanya aku yang mencintai dia Romeo." Hak-Tuih! umur baru setahun jagung, ada hati nak cakap pasal cinta. Dia tersengih sendiri.


"Bini kau?"


Angguk tiga kali. "Yes, Romeo. Dia adalah my wife. Kami sebenarnya dah berkahwin 23 tahun yang lepas."


Erk? "Umur kau berapa?"


"17 years old lah...apa yang kau merepek ni?"


Romeo mengangkat keningnya tinggi. Aku merepek? O....key... "Jadi, Joe, macam mana kau nak bangunkan isteri kau tu?"


Joe ketawa terbahak-bahak. "Senang aja, kau kena bangunkan dia dengan penuh kasih sayang."


"Contoh?"


Huh! Joe mengeluh. "Romeo, aku akan tunjukkan demo. Kau tengok baik-baik tau." Dia bangun daripada duduknya dan berjalan ke arah meja Aya.


Romeo mengangguk-angguk.


"Tengok betul-betul...." Dia menarik nafas panjang. Dan....


Bom! Bom! Kebabom!


Dia telah menyepak kaki Aya dengan kuat sehingga Aya tergolek di atas lantai. Selesai, dia kembali duduk di tempatnya.


"Macam tu ke?" Romeo terpana. Kata dengan penuh kasih-sayang....


Angguk.


"So, kenapa dia tak bangun?"


Joe tersengih. "Kasih sayang tak cukuplah tu...."


Dan kemudian tak sampai satu saat, pecah tawa mereka berdua. Aya...Aya... betul-betul tidur mati! Dah sampai tergolek dan tertonggeng macam orang sujud tu pun lena lagi?!


"By the way, nama dia apa?"


Joe pandang Romeo pelik. "Kau ni asyik tanya pasal dia aja....Kau jangan cari pasal, dia tu wife aku." dan lepas tu dia sambung ketawa. Entah apa yang lawak pun entahlah...Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.


"No. Aku just nak tahu je siapa nama pontianak sebelah aku ni?" Dan mereka kembali ketawa berdekah-dekah. 


"Alya Farahin. Orang panggil dia Aya. Aku panggil dia ayang."lol. Ni kalau budak tu dengar mampus aku!


Aya...rupanya.


..................

"Hai."


Bangun je daripada tidur, wajah pertama yang dia nampak adalah wajah alien tu. Sapaan Romeo dibiarkan. Dia mengemas barang-barangnya tanpa mempedulikan Romeo yang sejak tadi asyik merenungnya.


"Hai."


Diam.  Buku Teks Kimia di masukkan ke dalam bag.


Romeo mengeluh. "I just wanna say sorry for being rude to you on the other day."


Masih lagi mute seperti tadi.


"Err...would you mind to be my friend?"


Gerakan tangan terhenti. Dia mengetap bibirnya kuat. Genggaman pada buku Literature dikuatkan.


"Friends?" 


Dam!


Dia merenung tajam wajah Romeo. Pandangan matanya cukup untuk menyatakan kebenciannya terhadap Romeo. "Mind. Your. Own. Business." Bag disandangkan di atas bahu. Buku rujukan Bio. dikepit di sebelah kanan. Dan, Aya terus keluar daripada kelas itu.


Romeo masih lagi statik di tempatnya. Mata tu.... Kenapa?



 










Labels:



1 Comments:

Blogger ^goldEn_tRe@sure^ said...

entahlah....seriously, tak tahu citer ni merepek ke apa ke...tp kalo rse nk komen tu komen lerr...

November 4, 2013 at 9:45 AM  

Post a Comment


|